POSITION: Business Development Executive -CATERING SALES
Saudagar Kambing Bakar merupakan jenama tempatan Malaysia yang mengkhususkan dalam hidangan kambing bakar premium dan halal, diperap dengan ramuan istimewa serta dibakar dengan sempurna.
Bermula di Shah Alam, misi kami adalah untuk menyediakan hidangan kambing bakar yang lazat dengan mengekalkan cita rasa tempatan, di samping memastikan standard kualiti, kebersihan dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
Kami sedang mencari Eksekutif Pembangunan Perniagaan (Business Development Executive) yang proaktif, yakin berkomunikasi dan berorientasikan hasil untuk membantu mengembangkan perniagaan katering syarikat.
Jawatan ini berfokus kepada Business Development dan Sales.
Anda akan bertanggungjawab untuk mencari peluang perniagaan baharu, mendapatkan pelanggan korporat, membina kerjasama strategik, menjalankan presentation, menyediakan proposal serta membuat follow-up sehingga berjaya mendapatkan jualan.
Tanggungjawab Utama :
- Mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan baharu untuk perkhidmatan katering dan acara.
- Mendapatkan pelanggan baharu daripada sektor korporat, kilang, agensi kerajaan, GLC, universiti, sekolah, persatuan dan organisasi.
- Menghubungi prospek melalui panggilan telefon, WhatsApp, e-mel, networking dan perjumpaan secara bersemuka.
- Mengatur appointment dan meeting bersama bakal pelanggan.
- Membuat presentation mengenai pakej dan perkhidmatan katering syarikat.
- Memahami keperluan pelanggan seperti jenis acara, jumlah tetamu, bajet, lokasi dan keperluan tambahan.
- Menyediakan quotation, proposal dan pakej yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.
- Membuat follow-up secara konsisten sehingga berjaya mendapatkan closing.
- Mengendalikan negotiation harga dan terma perniagaan dengan pelanggan.
- Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan korporat.
- Membangunkan kerjasama strategik dengan event planner, wedding planner, event hall, dewan, venue dan rakan perniagaan.
- Mencari peluang untuk mendapatkan kontrak katering secara berulang atau jangka panjang.
- Mengenal pasti peluang RFQ, tender dan projek katering korporat yang bersesuaian.
- Memastikan database prospek dan sales pipeline sentiasa dikemas kini.
- Bekerjasama dengan Sales Team, Marketing Team dan Operations Team bagi memastikan keperluan pelanggan dapat dilaksanakan dengan baik.
- Menyediakan laporan mingguan berkaitan prospek, meeting, quotation, proposal, sales pipeline dan closing.
- Mencapai sasaran jualan bulanan dan suku tahunan yang ditetapkan syarikat.
Kelayakan \& Keperluan :
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1–3 tahun pengalaman dalam Business Development, B2B Sales, Corporate Sales atau bidang jualan berkaitan.
- Pengalaman dalam industri katering, event, hospitality, F\&B, wedding atau hotel adalah satu kelebihan.
- Calon daripada industri lain yang mempunyai pengalaman B2B Sales yang kuat juga digalakkan memohon.
- Mempunyai pengalaman mencari dan mendapatkan pelanggan baharu.
- Selesa melakukan cold calling, prospecting, networking dan berjumpa pelanggan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi, presentation, negotiation dan closing yang baik.
- Seorang yang proaktif dan mampu bekerja dengan minimum supervision.
- Berorientasikan target dan bermotivasi untuk mendapatkan komisen berdasarkan prestasi.
- Mempunyai kemahiran follow-up dan pengurusan pelanggan yang baik.
- Mempunyai kenderaan sendiri dan bersedia bergerak untuk meeting pelanggan sekitar Klang Valley / Selangor.
- Pengetahuan menggunakan WhatsApp Business, Microsoft Office dan CRM / sales tracking adalah satu kelebihan.
- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Calon Yang Kami Cari
Kami mencari seseorang yang tidak hanya menunggu pelanggan datang.
Anda perlu mempunyai minat dan keyakinan untuk:
- Mencari prospek dan pelanggan baharu.
- Menghubungi decision maker syarikat.
- Membuka akaun korporat baharu.
- Membina networking dan partnership.
- Membuat presentation kepada pelanggan.
- Menjalankan negotiation.
- Membuat follow-up secara konsisten.
- Closing sales.
- Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
- Menjana peluang perniagaan baharu untuk syarikat.
Keperluan Tambahan
- Wajib fasih berbahasa Melayu dan mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik.
- Yakin membuat presentation, negotiation, follow-up dan closing dalam Bahasa Melayu.
- Pengalaman mengendalikan pelanggan untuk majlis perkahwinan, majlis persendirian, acara korporat dan event adalah satu kelebihan.
- Memahami keperluan pelanggan serta trend semasa dalam industri katering dan perkahwinan.
- Petah berkomunikasi, mesra pelanggan, proaktif dan mempunyai keyakinan untuk berjumpa serta mendapatkan pelanggan baharu.
- Selesa berkomunikasi dan membina hubungan dengan pelanggan daripada pelbagai latar belakang.
- Mempunyai semangat untuk mencapai target jualan dan meningkatkan pendapatan melalui komisen.
Faedah \& Kelebihan
- Komisen jualan
- KWSP / PERKESO / EIS disediakan
- Panel klinik
- Latihan disediakan
- Pembangunan profesional
- Elaun makan
- Peluang perkembangan dan kenaikan kerjaya
- Bonus tahunan
- Aktiviti Team Building
Berminat Untuk Menyertai Kami?
Jika anda seorang yang suka berjumpa orang, pandai membina hubungan, berani mencari peluang baharu dan mempunyai semangat untuk mencapai target jualan, kami ingin berjumpa dengan anda!
Hantarkan resume dan permohonan anda ke:
Email: [email protected]
Telefon: 011-10165253
Pay: RM2,000.00 - RM4,000.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Free parking
- Meal provided
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person